Cartoonkafe di Seri Setia, Petaling Jaya
2009-12-28 15:12:50
Cartoonkafe di Seri Setia, Petaling Jaya
Cartoonkafe sekali lagi mengadakan aktiviti melukis kartun untuk masyarakat, kali ini bersama penduduk Taman Desaria Fasa 5A & 5B, Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 27 Disember 2009.
Program yang dianjurkan adalah termasuk peraduan mewarna lukisan kartun, peraduan melengkapkan lukisan kartun serta kuiz melukis kartun.
Peraduan dibuka untuk kanak-kanak dan remaja berumur antara 6 hingga 15 tahun. Kira-kira 200 orang perserta dan ibu bapa mereka dari pangsapuri Desaria hadir dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Team Cartoonkafe yang hadir adalah Art, Lan, Naza, Syafik dan Israk.
Peraduan bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi. Kuiz melukis kartun dikelolakan oleh Syafik sementara menunggu Art, Lan dan Naza mengadili pertandingan. Selainitu, diadakan juga 'program gunting rambut RM1' untuk warga rumah pangsa tersebut, terutama kanak-kanak yang bakal kembali ke sekolah.
Hadiah-hadiah pertandingan disampaikan oleh Ketua Bahagian PKR Kelana Jaya Syahir Syed Mahmud, Ahli majlis Zon 24 Halimey Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Penduduk Kamal Ahmad Abdullah dan wakil Cartoonkafe, Zunar.
Sebelum itu, pada sebelah pagi program tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad. Majlis berakhir pada jam 1 tengahhari.
--
Kepada yang ingin mengundang Cartoonkafe untuk mengendalikan peraduan melukis kartun, peraduan mewarna lukisan kartun, kuiz atau menjadi hakim pertanding melukis/lukisan kartun, boleh menghubungi kami di talian 03-22744931 atau cartoonkafe@gmail.com untuk maklumat lanjut.